Staff Training - Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012
7 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 06 November 2024, telah berlangsung Staff Training : Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012. Taklimat ini berlangsung secara dalam talian (Zoom). Taklimat ini diberikan oleh pihak MCMC bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012. Taklimat ini bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.
Antara penerangan yang diberikan oleh pihak MCMC mengenai Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 adalah, Pihak MCMC menerangkan mengenai perkhidmatan pos yang bakal dijalankan di NADI-NADI yang terpilih, keperluan-keperluan dibawah kaedah-kaedah keselamatan pos dan Pihak MCMC mengadakan sesi soal jawap bersama staff NADI
Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya memudahkan staff NADI untuk mengetahui tentang Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 dengan lebih lanjut. Taklimat ini juga dapat membina hubungan baik di antara pihak NADI dengan pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: